|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 13/12/2016
JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA KE SESI RAMAH MESRA BERSAMA DUTA KECIL KOMPLEKS KRAF JOHOR & MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF JOHOR 2016
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan dua Majlis seperti ketetapan berikut :
i. Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Kecil Kompleks Kraf Johor
Hari/Tarikh : Khamis 15 Disember 2016
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Kompleks Kraf Johor
Lot PTB20002, Jalan Cenderasari
Off Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor Bahru
Bersama : Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia
ii. Majlis Perasmian Festival Kraf Johor 2016
Hari/Tarikh : Khamis 15 Disember 2016
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang A
Angsana Johor Bahru Mall
Johor Bahru
Bersama : Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia
Sila klik di sini untuk Program
Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Kecil Kompleks Kraf Johor merupakan satu jalinan kerjasama dengan persatuan pemandu teksi di bawah GAPET dan PETEKMA bagi menguar-uarkan produk pelancongan kraf di Negeri Johor yang terdapat di Kompleks Kraf Johor. Pada majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Pelekat Kenderaan untuk 50 buah teksi sebagai simbolik Duta Kecil yang membawa penumpang dan pelancong ke Kompleks Kraf Johor.
Festival Kraf Johor merupakan penganjuran kali ke-6 oleh Kraftangan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan secara terus kepada pengguna. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Pameran dan Jualan Produk Kraf Baru, Demonstrasi Produk Kraf, Demonstrasi Kuih & Masakan Tradisional, Pameran Blok Batik, Interaktif Kraf (Fun Block), Pertandingan Pembuatan Mata Senjata “Jaguh Tempa” dan Tarian Zapin Kanak-Kanak, Tazkirah Agama dan banyak lagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kedua-dua Majlis tersebut.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
DIKELUARKAN OLEH :
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Norehan
Tel : 012 – 657 8824
-BERNAMA |
|
|
|
|
|