Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Selasa 13/12/2016

JEMPUTAN LIPUTAN KE SESI RAMAH MESRA BERSAMA DUTA KECIL KOMPLEKS KRAF JOHOR & MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KRAF JOHOR 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kraf Tangan Malaysia akan mengadakan Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Kecil Kompleks Kraf Johor & Majlis Perasmian Festival Kraf Johor 2016. Ketetapan majlis adalah seperti berikut :

i. Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Kecil Kompleks Kraf Johor

Hari/Tarikh : Khamis 15 Disember 2016

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Kompleks Kraf Johor
Lot PTB20002, Jalan Cenderasari
Off Jalan Datin Halimah
80350 Larkin, Johor Bahru
Bersama : Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia


ii. Majlis Perasmian Festival Kraf Johor 2016

Hari/Tarikh : Khamis 15 Disember 2016

Masa : 2.30 petang

Tempat : Padang A
Angsana Johor Bahru Mall
Johor Bahru
Bersama : Yang Berbahagia Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan kebudayaan Malaysia

Sesi Ramah Mesra Bersama Duta Kecil Kompleks Kraf Johor merupakan satu jalinan kerjasama dengan persatuan pemandu teksi di bawah GAPET dan PETEKMA bagi menguar-uarkan produk pelancongan kraf di Negeri Johor yang terdapat di Kompleks Kraf Johor. Pada majlis ini juga, turut diadakan Pelancaran Pelekat Kenderaan untuk 50 buah teksi sebagai simbolik Duta Kecil yang membawa penumpang dan pelancong ke Kompleks Kraf Johor.

Festival Kraf Johor merupakan penganjuran kali ke-6 oleh Kraftangan Malaysia dalam usaha mempromosikan produk kraf tempatan secara terus kepada pengguna. Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Pameran dan Jualan Produk Kraf Baru, Demonstrasi Produk Kraf, Demonstrasi Kuih & Masakan Tradisional, Pameran Blok Batik, Interaktif Kraf (Fun Block), Pertandingan Pembuatan Mata Senjata “Jaguh Tempa” dan Tarian Zapin Kanak-Kanak, Tazkirah Agama dan banyak lagi.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan kedua-dua Majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Corporate Communication Unit
Ministry of Tourism and Culture Malaysia
Tel : 03-8891 7188
Fax 03-8891 7181
Emel : fatinakhma@motac.gov.my / fatinakhma10@gmail.com

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.