Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 14/12/2016

JALINAN KASIH PKNS KE RUMAH KEBAJIKAN RITA SEMPENA HARI NATAL

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal mengadakan program lawatan ke Rumah Kebajikan Rita bagi meraikan 152 penghuni yang terdiri dariapda anak-anak yatim, warga emas dan golongan orang kelainan upaya (OKU) yang bakal menyambut Hari Natal tidak lama lagi.

Program ini diadakan sebagai insiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNS bagi merapatkan hubungan baik dengan masyarakat majmuk di Selangor. Selain itu, program ini juga bertujuan memberi kegembiraan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik supaya mereka akan lebih gembira untuk meraikan Hari Natal.

Majlis ini akan dihadiri Pengurus Besar PKNS Noraida Mohd Yusof serta Ahli Pengurusan PKNS.

Rakan-rakan media dijemput hadir ke majlis "Jalinan Kasih PKNS Ke Rumah Kebajikan Rita Sempena Hari Natal" seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 22 Disember 2016

Masa : 9.30 pagi

Tempat : Persatuan Rumah Kebajikan Rita, Lot. 6939-12, Batu 10 1/4,
Jalan Kapar, Kapar, 42200 Klang, Selangor


PROGRAM

09.30 pagi : Ketibaan tetamu jemputan dan media

10.00 pagi : Ketibaan Pengurus Besar PKNS

: Ucapan daripada Pengasas Persatuan Rumah Kebajikan Rita
: Ucapan Pengurus Besar PKNS
: Penyampaian mock cheque
: Penyampaian goodie bag kepada penghuni
: Penyampaian hadiah kepada pemenang sukaneka
: Sesi bergambar
: Pertunjukan silap mata
: Persembahan dari Persatuan Rumah Kebajikan Rita

12.00 tghr : Majlis tamat


Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan KADAR SEGERA amat kami hargai.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fadzly
Tel : 012 – 6817850


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.