Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Khamis 15/12/2016

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN KE SIDANG MEDIA MAJLIS KAWAL SELIA UMRAH (MKSU) DAN PENIPUAN PAKEJ UMRAH PADA 16 DISEMBER 2016 (JUMAAT)

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan menganjurkan Sidang Media Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) dan Penipuan Pakej Umrah yang akan disampaikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Jumaat 16 Disember 2016

Masa : 9.00 Pagi

Tempat : Pejabat Timbalan Menteri
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Aras 17, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Ahmad Zaharuddin Hj. Salim
Tel : 03 – 8891 7194 / 012-843 5859

Nama : Siti Zulaikha Ariff
Tel : 03 – 8891 7196 / 012-941 0747

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.