Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 16/12/2016

LIPUTAN MEDIA BAGI SIDANG MEDIA ‘HARI ISTIMEWA PEMBAYAR ZAKAT PPZ-MAIWP’ MENJELANG HARI-HARI TERAKHIR TAHUN 2016 BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PPZ-MAIWP

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) ingin menjemput wakil-wakil media bagi membuat liputan sidang media majlis berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 23 Disember 2016

Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Tingkat 1, Wisma PPZ, 68-1-6,
Dataran Shamelin, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100, Kuala Lumpur.


Objektif sidang media ini diadakan adalah sebagai pemakluman umum berkaitan Kempen ‘Hari Istimewa Pembayar Zakat PPZ-MAIWP’ di 11 kaunter zakat di Wilayah Persekutuan bagi tahun ini.

Turut diumumkan adalah senarai keistimewaan yang diberikan kepada para pembayar zakat.

Sidang media ini akan dibuat oleh Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.

Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.