Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 21/12/2016

LAWATAN BERPANDU DAN LIPUTAN SEMPENA PERTANDINGAN KHAS FESTIVAL KRAF JOHOR

Festival Kraf Johor yang sedang berlangsung dari 15 hingga 25 Disember 2016, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, pelbagai aktiviti menarik berlangsung seperti Pameran dan Jualan Produk Kraf Baru, Demonstrasi Produk Kraf, Demonstrasi Kuih & Masakan Tradisional, Pameran Blok Batik, Interaktif Kraf (Fun Block), Pertandingan Pembuatan Mata Senjata “Jaguh Tempa” dan Tarian Zapin Kanak-Kanak, Tazkirah Agama dan banyak lagi.

Sehubungan dengan itu, Kraftangan Malaysia berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir membuat liputan serta menyertai Lawatan Berpandu menyaksikan Pertandingan Khas sempena Festival Kraf Johor seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 22 Disember 2016

Masa : 11.00 pagi

Tempat : Padang A, Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan dan Pertandingan Khas sempena Festival Kraf Johor tersebut.


SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Urus Setia Media Kraftangan Malaysia
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 6578824

Nama : Puan Ellani
Tel : 012 7436612

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
KRAFTANGAN MALAYSIA
TEL : 03-2161 3793


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.