|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 27/12/2016
MAJLIS PELANCARAN 80 UNIT RUMAH SELANGORKU ANTARA GAPI PKNS
PKNS akan mengadakan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Selangorku Antara Gapi. Projek tersebut terdiri daripada 80 unit rumah teres 2 tingkat yang akan dijual bermula pada harga RM250,000 hingga RM293,500 seunit yang berkeluasan 20’ X 60’ seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 29 Disember 2016
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Galeri Jualan Antara Gapi PKNS, Serendah
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : AMALIA
Tel : 03-55250300 / ext- 1070 / 017-3096519
-BERNAMA |
|
|
|
|
|