Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Selasa 27/12/2016

MAJLIS PENGHARGAAN MEDIA SEMPENA SAMBUTAN HARI KRISMAS DAN TAHUN BARU

Sempena sambutan Hari Krismas serta Tahun Baru 2017, pusat membeli belah Alamanda akan menganjurkan majlis penghargaan khusus untuk rakan-rakan media. Selain daripada itu, kami juga akan menghulurkan sumbangan dana kepada pertubuhan ANGSANAcare, sebuah persatuan bukan badan kerajaan dan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk memberi sokongan dari segi psikologi kepada para pesakit pediatrik golongan kurang berkemampuan yang menghidapi penyakit serius seperti lekumia dan kanser. Justeru itu, kami ingin menjemput dua wakil dari organisasi Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini nanti dan maklumat lanjut mengenainya adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Khamis 29 Disember 2016

Waktu : 3.00 petang – 5.00 petang

Tempat: Centre Court Alamanda, Putrajaya

Program

3.00 petang : Ketibaan para tetamu

3.30 petang : Kata alu-aluan oleh pengacara majlis

: Persembahan pembukaan

: Ucapan oleh Francis Tan, Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC Sdn Bhd

: Ucapan oleh Ria Thomas, Pengerusi ANGSANAcare

: Penyerahan sumbangan

4.00 petang : Jamuan makan dan pemberian hadiah

5.00 petang : Majlis berakhir

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Suria KLCC Sdn Bhd

UNTUK MAKLUMAT LANJUT,SILA HUBUNGI:
Nama : Anrania Roslan
Tel : 03-2382 3360
Emel : anrania.roslan@suriaklcc.com.my.

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.