Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 06/01/2017

LAWATAN DAN PENYAMPAIAN BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR

YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan mengadakan Lawatan dan Penyampaian Bantuan Kepada Mangsa Banjir seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Ahad 8 Januari 2017

Masa : 11.30 Pagi

Tempat : Sekolah Kebangsaan Sri Tumpat (2), Tumpat Kelantan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Dimohon semua wakil media untuk mengemukakan pas perakuan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan semasa mendaftar.

Sumber : KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Akhtar Sahari
Tel : 012-6725667

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.