Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 09/01/2017

MESYUARAT TERGEMPAR MAJLIS MENTERI-MENTERI LUAR NEGERI PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC) MENGENAI SITUASI MINORITI ISLAM ROHINGYA DI MYANMAR, 19 JANUARI 2017

Kementerian Luar Negeri akan menganjurkan satu Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengenai situasi minoriti Islam Rohingya di Myanmar akan diadakan pada hari Khamis, 19 Januari 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Mesyuarat sehari ini dijangka akan disertai oleh wakil-wakil daripada 56 buah negara-negara anggota OIC.

Sehubungan dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa wakil-wakil media bertauliah di Malaysia yang akan membuat liputan media Mesyuarat Tergempar ini diwajibkan mengisi Borang Akreditasi Media bagi tujuan pengeluaran Pas Akreditasi Media untuk membuat liputan media Mesyuarat Tergempar tersebut. Pengisian Borang Akreditasi ini boleh dibuat secara talian (online) mulai 09 Januari 2017 hingga 15 Januari 2017. Pautan (link) bagi talian ini adalah seperti berikut:

https://oicecfmkl.kln.gov.my/meeting/

Di samping mengisi Borang Akreditasi Media, wakil-wakil media yang akan ditugaskan untuk membuat liputan media bagi Mesyuarat di atas juga dipohon supaya scan surat arahan bertugas daripada pengarang berita masing-masing beserta dengan gambar pasport terkini, disertakan bersama-sama dengan Borang di atas tersebut.

Pas akreditasi boleh dikutip pada hari Rabu, 18 Januari 2017 bertempat di Pusat Media, Tingkat Tiga, East Wing, KLCC mulai jam 0900 pagi hingga 1730 petang.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : M. Mukundan
Bahagian Komunikasi dan Diplomasi Awam
Kementerian Luar Negeri
Emel : mukundan@kln.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.