Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 13/01/2017

JEMPUTAN UNTUK MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN PGBF DI FELDA PADANG PIOL, PAHANG

Dimaklumkan bahawa pihak FELDA Investment Corporation Sdn. Bhd (FICSB) akan mengadakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran PGBF.

Majlis akan dirasmikan oleh YB Tan Sri Shahrir bin Abdul Samad, Pengerusi FELDA yang turut dihadiri oleh YB. Dato’ Sri Haji Wan Amizan bin Wan Abdul Razak, ADUN Tahan.

Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 18 Januari 2017

Masa : 9.30 Pagi

Tempat : Tapak Perumahan Generasi Baharu FELDA,
FELDA Padang Piol, Jerantut, Pahang.


Program

9:30 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan dan Media

10:00 Pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat,
YB Tan Sri Shahrir Bin Abdul Samad
Pengerusi FELDA
YB. Dato' Sri Haji Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak, ADUN Tahan

: Nyanyian Negaraku dan Semai Bakti

: Bacaan Doa

: Ucapan YB. ADUN Tahan

: Ucapan YB. Pengerusi FELDA

: Majlis Penyerahan Surat Tawaran

: Lawatan Ke Rumah Contoh

12:30 tengahari : Sidang Media

: Jamuan Makan Tengahari

: Bersurai


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : FELDA

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Fauzi Mustafa (FICSB)
Tel : 012-2219618

Nama : Masheema Zulkefli (FELDA)
Tel : 019-2176959

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.