Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Jumaat 13/01/2017

MAJLIS PELANCARAN PRODUK TAKAFUL PERLINDUNGAN DIRI UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU), AGRO NURANI

Agrobank akan menganjurkan majlis pelancaran produk terbaharu iaitu Agro Nurani, yang merupakan skim takaful perlindungan diri khusus untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Keluarga Wanita dan Masyarakat serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 14 Januari 2017

Masa : 2.45 petang – 5.00 petang

Tempat : Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur


PROGRAM

2.45 petang : Ketibaan jemputan/Media

3.15 petang : Ketibaan YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank

3.30 petang : Ketibaan
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

3.35 petang : Ucapan Aluan oleh Pengerusi Majlis

3.40 petang : Bacaan doa

3.45 petang : Ucapan oleh:
YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
Pengerusi Agrobank

3.50 petang : Ucapan Pelancaran oleh:
YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

4.00 petang : Ucapan Pelancaran oleh:
YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

4.10 petang : Gimik Pelancaran

4.15 petang : Jamuan Makan

5.00 petang : Majlis Bersurai


Untuk makluman tuan/puan, Agrobank merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan perlindungan Takaful untuk golongan Orang Kurang Upaya.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.


SUMBER : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Syuhada Abdul Rais
Pegawai Perhubungan Awam, Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1651) / 012-672 4732


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.