Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Rabu 18/01/2017

JEMPUTAN SIDANG MEDIA KE MAJLIS ASPIRASI KPE MQA 2017 & APRESIASI MEDIA 2016 "Dekati MQA, Ketahui Akreditasi, Masa Depan Terjamin"

Sukacita dimaklumkan bahawa Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) akan mengadakan satu sidang media bagi ASPIRASI KPE MQA 2017 & APRESIASI MEDIA 2016.

Aspirasi yang bertemakan “Dekati MQA, Ketahui Akreditasi, Masa Depan Terjamin” oleh YBhg. Dato' Prof. Dr Rujhan Bin Mustafa merupakan wahana penyampaian maklumat mengenai perkembangan jaminan kualiti pendidikan tinggi negara kepada komuniti serta pendekatan MQA dalam memperkukuhkan komunikasi mesra media dan masyarakat awam.

Pada majlis yang sama, Apresiasi Media 2016 diadakan bagi meraikan pihak media yang telah memberikan kerjasama baik sepanjang tahun 2016 dalam usaha menyalurkan maklumat dan mempromosi MQA.

Majlis akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Jumaat 20 Januari 2017

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Utama MQA, Tingkat 12A
Menara PKNS-PJ
No. 17, Jalan Yong Shook Lin
46050 Petaling Jaya, Selangor

Program

9.00 pagi : Ketibaan dan Pendaftaran Warga MQA

: Ketibaan dan Pendaftaran Media

9.30 pagi : Ketibaan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MQA

: Nyanyian Lagu NegaraKu dan Lagu MQA

: Bacaan Doa’

: Bacaan Ikrar Perkhidmatan Awam

: Aspirasi YBhg. Dato’ KPE

: APEL ‘Journey’

: Keputusan Pertandingan Mencipta ‘Tagline’ MQA

: Persembahan Montaj Apresiasi Media 2016

: Penghargaan Media (UHEAA)

: Persembahan Khas Koir MQA

12.00 tengah hari : Jamuan makan tengah hari / Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER: Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Noor Farah Dalina Zainuddin
Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa
Tel : 03-79687020 / 012-2661165
Emel : farah@mqa.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.