Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Khamis 19/01/2017

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA MAJLIS PENGUMUMAN 10 PEMENANG UTAMA KEMPEN SKIM THOHIR 2016 PPZ-MAIWP TAJAAN CIMB ISLAMIC

Pusat Pungutan Zakat -MAIWP (PPZ-MAIWP) akan mengumumkan 10 pemenang utama Kempen Skim Thohir 2016 PPZ-MAIWP tajaan CIMB ISLAMIC seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Khamis 26 Januari 2017

Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang

Tempat : D' Saji KL Titiwangsa (Dewan Tulip)

Majlis pengumuman ini adalah rentetan kempen Skim Potongan Gaji Zakat PPZ-MAIWP (SKIM THOHIR) yang berlangsung selama 3 bulan pada tahun lalu yang mendapat tajaan CIMB ISLAMIC bagi memudahkan umum menunaikan tanggungjawab berzakat mereka.

Turut hadir bagi penyampaian hadiah ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic Bank Berhad, Encik Rafe Haneef dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Hj Mohd Rais Hj Alias.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat PPZ-MAIWP
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : +60 (0)12 500 3547 / +60 (0)3 92895757
Faks : +60 (0)3 92895759
(w) www.zakat.com.my | (fb) www.facebook.com/myzakat


-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.