Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Khamis 19/01/2017

JEMPUTAN MEDIA : MAJLIS PENYERAHAN PROJEK BEKALAN AIR BERSIH UNTUK KOMUNITI KG RUMINDAKO KIULU, TAMPARULI, SABAH DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MEMBRAN (PAHLAWAN TUAH2000) OLEH YB DATUK SERI PANGLIMA MADIUS TANGAU, MENTERI MOSTI

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bersama-sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Membrane Technology Sdn Bhd akan menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Bersih Untuk Komuniti Kg Rumindako Kiulu, Tamparuli, Sabah Dengan Menggunakan Teknologi Membran Portable Drinking Water Filtration System (Pahlawan Tuah2000) yang merupakan salah satu daripada Program Inovasi Sosial Mosti (MSI).

Penyerahan projek ini akan disempurnakan oleh YB Menteri MOSTI, YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh: Isnin 23 Januari 2017

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Kg. Rumindako Kiulu, Tamparuli, Sabah

Program
9:00 pg - 09:30 pg : Ketibaan Tetamu dan Pendaftaran Media

09:30 pg - 10:00 pg : Ucapan Alu-aluan oleh YBhg Dato’ Norhalim Yunus

Ketua Eksekutif
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

: Ucapan oleh YB Datuk Seri Panglima Madius Tangau

Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Merangkap Ahli Parlimen Tuaran, Sabah

10:00 pg - 10:30 pg : Demonstrasi Sistem Pahlawan Tuah2000

11:00 pg : Majlis Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Latar Belakang Program

Melalui platform MSI, MTDC yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama Membrane Technology Sdn Bhd dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumindako Kiulu, Tamparuli, Sabah akan menjalankan projek pembekalan air bersih dengan menggunakan teknologi penapisan air membran mudah alih berjenama Pahlawan Tuah2000. Sistem ini adalah Hasil R&D daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sistem ini mampu menghasilkan 2,000 liter/jam air bersih iaitu bersamaan keperluan harian 200 isi rumah. Sistem ini direka bentuk supaya mesra pengguna dan mudah dikendalikan. Sistem rawatan air ini dicadangkan untuk diletakkan di kawasan berhampiran tumpuan penduduk kampung bagi memudahkan proses pengambilan air bersih. Sepanjang tempoh operasi, sistem ini akan diselenggara dan diurus oleh wakil JKKK dengan bantuan nasihat teknikal daripada syarikat.

Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI)

YAB Perdana Menteri telah bersetuju projek-projek RMKe-11 yang bersifat people centric akan dilaksanakan berdasarkan enam Pemacu Perubahan (Game Changer) melalui Platform Transformasi National Blue Ocean Strategy (NBOS). MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan salah satu program yang akan dilaksanakan di bawah Game-Changer Innovation RMKe-11 mulai tahun 2016. Objektif Program MSI adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada yang boleh dilaksanakan secara mampan.

Sehubungan dengan ini, MTDC telah dilantik oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk untuk menjalankan lapan program di bawah platfom MSI dan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara MTDC dan lapan pembekal teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti telahpun berlangsung pada 14 November 2016.

Menerusi program MSI, lapan Syarikat Pembekal Teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti akan menjalankan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pelbagai lapisan masyarakat.

SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Shazwani Roslan
Tel: 017 294 1169
Emel: shazwani@mtdc.com.my

Nama: Abdul Hafiz Mohamed
Tel: 019 266 7149
Emel: abdul.hafiz@mtdc.com.my

-BERNAMA









 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.