Disember 28, 2025 -Ahad

 
 
 

Isnin 23/01/2017

MESYUARAT MAJLIS KEUSAHAWANAN PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi, akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keusahawanan Pendidikan Tinggi Nasional Bil. 1/2017 dan satu sidang media akan diadakan, seperti ketetapan berikut :

Hari/Tarikh : Selasa 24 Januari 2017

Masa : 11.00 pagi

Tempat : ATELIER ROOM 1, ARAS 3,
HOTEL LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA,
PUTRAJAYA

Program

9.45 pagi : Ketibaan ahli mseyuarat

9.50 pagi : Ketibaan Ketua Setiausaha KPT

9.55 pagi : Ketibaan YB Menteri Pendidikan Tinggi

10.00 pagi - 12.00 tengah hari
: Ucapan YB Menteri dan mesyuarat bersidang

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan prestasi keusahawanan IPT bagi tahun 2016 serta perancangan dan usaha pemantapan pendidikan dan pembangunan keusahawanan peringkat nasional pada tahun 2017.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Kementerian Pendidikan Tinggi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Mohd Fauzan Abu Hassan
Tel : 017-2046892

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.