|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 02/02/2017
JEMPUTAN MEDIA: MAJLIS RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor akan menganjurkan majlis “Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor 2017” seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 5 Februari 2017
Masa : 7.00 malam
Tempat : Tempat Letak Kenderaan, Kompleks Sukan Pandamaran, Klang, Selangor
PROGRAM
6.30 petang : Ketibaan tetamu dan persembahan bermula
7.40 malam : Ketibaan Dif-dif Jemputan
8.00 malam : Ketibaan Y.B. Dato’ Teng Chang Khim & Isteri,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Negeri Selangor
8.15 malam : Ketibaan Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali & Isteri, Dato’ Menteri Besar Selangor
9.00 malam : Keberangkatan Tiba Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor
Sembah Ucapan Alu-aluan Oleh Y.B. Dato’ Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana (Iks) Dan Pengangkutan, Negeri Selangor
Sembah Ucapan Oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor
Majlis Santapan/ Jamuan Perayaan Tahun Baru Cina Negeri Selangor
Persembahan Kebudayaan
Keberangkatan Balik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor
Majlis Bersurai
Nota: Aturcara program ini tertakluk kepada pindaan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini.
Bersama-sama ini disertakan “Borang Pengesahan Kehadiran” untuk tindakan pihak Y.Bhg. Tuan/Puan.
Sila klik sini untuk Borang Pengesahan Kehadiran
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : INVEST SELANGOR BERHAD
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Suhaila
Tel : 03-5510 2005
Emel : suhaila@investselangor.my
Nama : Haslinda
Tel : 03-5510 2005
Emel : haslinda@investselangor.my
Nama : Maryani
Tel : 03-5510 2005
Emel : maryani@investselangor.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|