|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 03/02/2017
MAJLIS SIDANG MEDIA HARI KRAF KEBANGSAAN 2017
Kraftangan Malaysia akan mengadakan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2017 mulai 22 Februari hingga 6 Mac 2017 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Sambutan kali ke-15 ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan terhadap penglibatan dan sumbangan usahawan dan penggiat kraf dalam membangunkan industri kraf tempatan serta meningkatkan pendapatan usahawan kraf sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Selasa 7 Februari 2017
Masa : 3.00 petang
Tempat : Dewan Seri Utama II, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Bersama : Y.Bhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Sempena Majlis Sidang Media ini, Kraftangan Malaysia juga akan mengadakan prebiu produk kraf rekaan terbaru yang akan diperkenalkan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2017.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 – 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|