Disember 27, 2025 -Sabtu

 
 
 

Jumaat 10/02/2017

JEMPUTAN MEDIA KE MAJLIS PERASMIAN SEMINAR WORKPLACE HEALTH PROMOTION 2017

PERKESO dengan kerjasama MySIHAT Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Majlis Perasmian Seminar Workplace Health Promotion 2017 seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 14 Februari 2017

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Grand Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur

Perasmi : Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia

Objektif Seminar yang akan diadakan selama satu hari ini bertujuan untuk memberikan panduan melalui pendidikan, perkongsian maklumat dan pengalaman kepada majikan dalam membentuk dan mewujudkan setting tempat kerja yang menyokong aktiviti intervensi dan amalan gaya hidup sihat di kalangan pekerja. Setting tempat kerja yang sihat dapat membantu memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada pekerja untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
Tel : 012-604 0964

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.