Disember 27, 2025 -Sabtu

 
 
 

Sabtu 11/02/2017

AGROBANK ANJUR PROGRAM DIALOG NIAGA AGROBANK 2017

Agrobank akan menganjurkan program Dialog Niaga Agrobank (DNA) 2017 yang merupakan program perkongsian maklumat menerusi sesi dialog dengan topik jaminan makanan menjelang tahun 2050.

Program ini akan turut dihadiri Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Maklumat program adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Isnin 13 Februari 2017

Masa : 9.45 pagi – 1.00 petang

Tempat : Connexion @ Nexus, Bangsar South, Kuala Lumpur

PROGRAM (Sila klik di sini)


Untuk makluman, program yang julung kali diadakan ini bakal mengumpulkan barisan panelis berpengalaman daripada pelbagai latar belakang yang akan mengulas dan mengupas isu berkenaan Jaminan Makanan dan solusi bagi mengatasi isu ini.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Agrobank

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Puan Syarifah Syameen Syed Johari
Pegawai Perhubungan Awam Agrobank
Tel : 03-2731 1600 (ext 1652) atau 012-310 1766


-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.