|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 17/02/2017
INTERNATIONAL CONFERENCE ON RELIGION AND CIVILIZATIONAL SUSTAINABILITY
Bersempena sambutan ulang tahun ke-25, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan “International Conference on Religion and Civilizational Sustainability” yang akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 20 – 21 Februari 2017/23 Jamadilawal 1438H di Dewan Besar IKIM.
Persidangan antarabangsa ini amat bertepatan dengan situasi semasa yang memerlukan penyatuan kefahaman agama dengan pemikiran konvensional dalam menangani isu-isu penting yang menggugat kelestarian dan ketamadunan. Objektif utama penganjuran persidangan ini adalah:
(i) Menggalakkan persefahaman bersama antara rakyat Malaysia yang berlainan tradisi/agama dalam memahami hubungan di antara nilai dan kelestraian/pembangunan lestari;
(ii) Menyediakan platform strategik bagi saintis, golongan agama dan penggubal dasar berbincang dan melibatkan diri dalam pelbagai isu berkaitan sains, agama dan pembangunan sosio-ekonomi; dan
(iii) Memberi kefahaman/dimensi agama untuk penyelesaian yang lestari yang merupakan aspek ketamadunan yang penting.
Dilampirkan aturcara persidangan untuk rujukan.
Sila klik di sini untuk Program
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329 / 012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|