|
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 21/02/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MAJLIS PERASMIAN HARI KRAF KEBANGSAAN 2017
Sukacita dimaklumkan, Kraftangan Malaysia akan mengadakan Hari Kraf Kebangsaan kali ke-15 mulai 22 Februari – 6 Mac 2017. Hari Kraf Kebangsaan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan ke atas penglibatan dan sumbangan pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan kepada pembangunan industri kraf negara.
Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian yang akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Khamis 23 Februari 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Panggung Sari
Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay
Program
10.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
10.15 pagi : Ketibaan Dif-dif Kehormat
10.25 pagi : Ketibaan
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
10.30 pagi : Ketibaan
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor
Isteri Perdana Menteri Malaysia
: Lagu Negaraku
: Bacaan Doa
: Ucapan Alu-aluan oleh
Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
: Ucapan Perasmian oleh
Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor
Isteri Perdana Menteri Malaysia
: Persembahan
: Lawatan ke Pameran dan Jualan
: Jamuan
1.00 tengah hari : Majlis Bersurai
Untuk makluman pihak media, sambutan HKK 2017 kali ini mengetengahkan pelbagai aktiviti tarikan baru dan yang paling istimewa ialah Pameran Busana Perdana (koleksi pakaian batik dan songket milik Yang Amat Berbahagia Isteri Perdana Menteri). Selain itu terdapat hampir 20 lagi aktiviti tarikan baru seperti Pameran Resort Natif, Batik Blok Corak 3 Lapis, Pameran Standard Batik & Songket Malaysia, Kids Fun Block, Konsert Teh Tarik, Pertandingan Bintang (Nyanyian), Citarasa Belanga, 1 Pentas : 8 IKON dan banyak lagi.
Kemudahan tempat letak kenderaan adalah di Pusat Perubatan Prince Court, DDEC & Badan Warisan.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
DIKELUARKAN OLEH :
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
Tel : 03-2161 3793 / www.kraftangan.gov.my
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 – 657 8824
-BERNAMA |
|
|
|
|
|