|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 01/03/2017
JEMPUTAN LIPUTAN KE PERAGAAN FESYEN - 1 PENTAS 8 IKON
Kraftangan Malaysia dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn Bhd akan menganjurkan Majlis Peragaan Fesyen dan Aksesori 1 Pentas 8 IKON dengan tema Formal to Smart Casual sempena sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2017 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Jumaat 3 Mac 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat : Karyaneka Textile Boutique, Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Klik sini untuk program
Untuk makluman, 1 Pentas 8 IKON ini diadakan bertujuan untuk menerapkan kelainan dan memperkenalkan gaya dan cara menggunakan batik dari formal ke kasual apabila menghadiri majlis tidak rasmi. Peragaan fesyen yang turut disertai oleh usahawan rekaan tempatan terkenal ini juga bertujuan memperagakan koleksi terbaru dari Meesha Shukira, Ruzz Gahara, Jafiqa, Cetusan, Preka, Zandra Rhodes, Fatimah Chik dan Masa. Antara koleksi tersebut adalah jubah, kaftan, kain meter, blaus, pareo, kemeja lelaki dengan motif terkini serta beberapa aksesori seperti jam dan barangan kemas.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin / Cik Norehan / Puan Wan
Tel : 03-2161 3793
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|