|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 06/03/2017
Muzakarah Pakar Etika Pengubahsuaian Genetik Pada Mikroalga
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama TNB Research Sdn. Bhd. akan menganjurkan Muzakarah Pakar: Etika Pengubahsuaian Genetik seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 9 Mac 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Besar, IKIM
Klik Sini Aturcara Muzakarah Pakar 9 Mac 2017
Matlamat
Muzakarah pakar ini diadakan bagi mewujudkan kefahaman Islami mengenai isu pengubahsuaian genetik dan penilaian risiko alam sekitar di samping dapat memberikan input dasar-dasar dan pembentukan prosedur kendalian standard atau standard operating procedures (SOP) kepada pihak-pihak yang terlibat dalam perlaksanaan CCS/CCU dan juga industri berasaskan bioteknologi di Malaysia.
Objektif
Memahami apa yang dimaksudkan dengan Carbon Capture and Storage (CCS), Carbon and Utilization (CCU), Somatic Hybridization, Mutagenization dan pengubahsuaian genetik (genetic modification) dan kaitannya dengan kesan terhadap alam sekitar dan juga maslahah umum yang dikehendaki;
Mengenalpasti isu-isu agama, metafizik, etika, sains, hukum-hakam, perundangan dan batas-batas guna pakai berkaitan pengubahsuaian genetik microalga dalam konteks tempatan dan juga luar negara; dan
Memberikan input plisi dan pembentukan standard operating procedures (SOP) kepada para pemain industri bioteknologi dan juga pihak-pihak berwajib.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis tersebut.
SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329 / 012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|