Disember 27, 2025 -Sabtu

 
 
 

Rabu 08/03/2017

Majlis Penyerahan Projek Inovasi Sosial MOSTI (MSI) - Program Kesedaran Peluang Industri Organik Oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI

Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) bersama-sama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menganjurkan Majlis Penyerahan Projek Inovasi Sosial MOSTI (MSI) - Program Kesedaran Peluang Industri Organik yang merupakan salah satu daripada Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI).

Penyerahan projek ini akan disempurnakan oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah, Timbalan Menteri MOSTI seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 10 Mac 2017

Tempat : Penjara Pra-Bebas Dusun Dato’ Murad, Melaka

Masa : 9.00 – 11.00 pagi


Program

9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

10.00 pagi : Ketibaan YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

10.05 pagi : Bacaan Doa

Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Sri Hj. Zulkifli Omar
Ketua Pengarah, Jabatan Penjara Malaysia

Ucapan oleh YBhg. Dato' Norhalim Yunus
Ketua Eksekutif, Malaysian Technology Development Corporation (MTDC)

Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI)

Gimik Pelancaran & Penyerahan Projek

11.00 pagi : Kudapan & Majlis Bersurai


Latar Belakang Program

Melalui platform MSI, MTDC yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama-sama Phytogold Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia, Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Tampin dan Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka akan menjalankan Program Kesedaran Peluang Industri Organik Melalui Penanaman Pokok Secara Organik Untuk Kelestarian Taman menggunakan hasil R&D daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Program ini akan dijalankan di empat(4) lokasi yang berbeza di sekitar Negeri Melaka dengan memberi fokus kepada program penanaman pokok secara organik sebagai satu langkah menggalakkan budaya inovasi di kalangan masyarakat serta menyampaikan hasil inovasi kembali kepada masyarakat.

Program Inovasi Sosial MOSTI (MSI)

YAB Perdana Menteri telah bersetuju projek-projek RMKe-11 yang bersifat people centric akan dilaksanakan berdasarkan enam Pemacu Perubahan (Game Changer) melalui Platform Transformasi National Blue Ocean Strategy (NBOS).

MOSTI Social Innovation (MSI) merupakan salah satu program yang akan dilaksanakan di bawah Game-Changer Innovation RMKe-11 mulai tahun 2016.

Tujuan Program MSI adalah untuk membantu masyarakat dan komuniti memenuhi keperluan dan meningkatkan kesejahteraan hidup melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada. Projek yang dilaksanakan hendaklah bersifat quick-win, kos rendah, cepat siap (tidak melebihi 6 bulan), demand driven dan berimpak tinggi.

Objektif Program MSI adalah untuk meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat melalui pelaksanaan projek, perkhidmatan, peningkatan kemahiran atau hasil inovasi menggunakan teknologi sedia ada yang boleh dilaksanakan secara mampan. Kumpulan sasar Program MSI adalah masyarakat Malaysia yang dibantu bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka seperti warga emas, golongan berpendapatan rendah, wanita dan lain-lain.

Sehubungan dengan ini, MTDC telah dilantik oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk untuk menjalankan lapan (8) program MSI dan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama di antara MTDC dan lapan pembekal teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti telah pun berlangsung pada 14 November 2016.

Menerusi program MSI, lapan Syarikat Pembekal Teknologi yang terdiri daripada penerima Dana CRDF dan universiti akan menjalankan pelbagai aktiviti berteraskan teknologi untuk meningkatkan kesejahteraan hidup pelbagai lapisan masyarakat.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Malaysian Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Jabatan Komunikasi Korporat MTDC
Nama : Alvirah Mohd Natt
Tel : 017 212 2802
Emel : alvirah@mtdc.com.my

Nama : Abdul Hafiz Mohamed
Tel : 019 266 7149
Emel : abdul.hafiz@mtdc.com.my

-BERNAMA







 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.