|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 10/03/2017
MAJLIS CABUTAN BERTUAH HARTANAH PKNS 2015/2016 & PINDAH MILIK MEGA
Majlis Cabutan Bertuah Hartanah PKNS 2015/2016 & Pindah Milik Mega akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Ahad 12 Mac 2017
Masa : 10.30 pagi
Tempat : SACC Convention Centre, Shah Alam
PKNS akan mengadakan Majlis Cabutan Bertuah Hartanah PKNS 2015/2016 & Pindah Milik Mega bertempat di SACC Convention Centre, Shah Alam. Acara ini bertujuan untuk membuktikan PKNS konsisten dalam menghargai hampir 1,000 pembeli-pembeli projek hartanah PKNS yang layak melalui insentif cabutan bertuah bagi projek PKNS termasuk pindah milik untuk tempoh bermula 1 Januari 2015 sehingga 30 Jun 2016 kecuali bagi projek mampu milik dan kos rendah. PKNS menawarkan sebuah Proton Iriz 1.6L varian automatik sebagai hadiah utama termasuk hadiah cabutan bertuah keseluruhan bernilai RM178,003.00.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Kerjasama wakil-wakil media untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat dihargai.
Sumber : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nor Fadzly bin Norrashid
Tel : 03-55250300 ext-1080 / 012-6817850
-BERNAMA |
|
|
|
|
|