|
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 15/03/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PAMERAN BAKAT MUDA SEZAMAN 2016 DI BALAI SENI VISUAL NEGARA
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) telah menganjurkan Pertandingan dan Pameran Bakat Muda Sezaman 2016 (BMS 16) yang merupakan pertandingan yang bertujuan untuk melahirkan pelapis muda yang berpotensi dalam seni Kontemporari di Malaysia. Pertandingan ini telah diperkenalkan sejak tahun 1974 dan merupakan antara pertandingan berprestij yang memberi penganugerahan kepada pelukis muda dalam membina karier sebagai pelukis kontemporari. Pameran ini akan berlangsung dari 6 Februari hingga 30 April 2017.
Majlis Perasmian Pameran Bakat Muda Sezaman 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh : Rabu 15 Mac 2017
Masa : 1.00 Petang
Tempat : Aras 1, Bangunan Galeri, Balai Seni Negara
Perasmi : YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Klik sini untuk Panduan Pameran Anugerah Bakat Muda Sezaman '16
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan Majlis Perasmian tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma Fauzi
Corporate Communication Unit
Ministry of Tourism and Culture Malaysia
DL: 03-8891 7188
Emel: fatinakhma@motac.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|