Disember 27, 2025 -Sabtu

 
 
 

Khamis 16/03/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA LAWATAN KERJA MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA KE TAPAK PRA-SEJARAH PERANG DUNIA KEDUA (BATTLE OF KAMPAR SITE 30.12.1941-2.1.1942)

Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan melakukan Lawatan Kerja ke Tapak Pra Sejarah Perang Dunia Kedua (Battle of Kampar). Ketetapan majlis adalah seperti berikut:

Lawatan Kerja Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia ke Tapak Pra Sejarah Perang Dunia Kedua

Hari/Tarikh : Jumaat 17 Mac 2017

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Battle of Kampar (Green Ridge Battle Site), Kampar, Perak


Program

2.40 petang : Ketibaan Jemputan

2.45 petang : Kehadiran Ketua Setiausaha
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
YBhg. Dato’ Hj. Ab. Ghaffar Bin A.Tambi

2.50 petang : Ketibaan YB Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia
YB. Dato’ Nolee Ashilin Binti Mohammed Radzi

2.55 petang : Ketibaan YAB Menteri Besar Perak
Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir

3.00 petang : Ketibaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz

Taklimat Keselamatan Sebelum Pendakian ke Tapak

Lawatan Tapak

Taklimat Ringkas
- Jabatan Warisan Negara
- Angkatan Tentera Malaysia

Penyerahan Cenderamata

Sidang Media

Jamuan Ringan

5.00 petang : Bersurai


Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenalpasti dan memulihara kawasan Tapak Pra Sejarah Perang Dunia Kedua. Tapak tersebut juga bakal menjadi salah satu daya tarikan terbaharu bagi sektor pelancongan Negeri Perak.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan lawatan kerja tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nur Fatin Akhma Fauzi
Corporate Communication Unit
Ministry of Tourism and Culture Malaysia
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.