|
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 17/03/2017
JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA AN EVENING WITH THE HARP BY CATHERINE MICHEL
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) dengan kerjasama The Harp Academy akan menganjurkan “An Evening with The Harp by Catherine Michel” seperti ketetapan berikut:
"An Evening With The Harp By Catherine Michel"
Hari/Tarikh : Ahad 19 Mac 2017
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Tunku Abdul Rahman,
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC),
Jalan Ampang, Kuala Lumpur
Sila klik di sini untuk Brosur
Untuk makluman, Mdm Catherine Michel merupakan seorang pemain harp yang terkemuka di dunia. Pada tahun 1970 beliau menjadi ahli National Conservatory of Music di peringkat antarabangsa. Beliau telah banyak membuat persembahan bertaraf dunia sebagai pemain harp solo, antaranya ialah Orchestra du Capitole de Toulouse, Lexemburg Radio Orchestra, Monte Philharmonic Orchestra of London, London Symphony Orchestra dan banyak lagi.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my
-BERNAMA |
|
|
|
|
|