|
|
|
|
 |
| |
|
|
Khamis 23/03/2017
MAJLIS PELANCARAN APLIKASI, AppsMe
AppsMe, aplikasi interaktif yang menonjolkan bakat-bakat baru sambil menghibur pengguna, akan dilancarkan di Malaysia pada Sabtu, 25 Mac 2017. Aplikasi ini pertama kali diperkenalkan kepada pengguna di Taiwan pada tahun 2016 dan telah berjaya memperkenalkan bakat-bakat baru.
Objektif aplikasi ini adalah untuk memberi peluang kepada penonton untuk berinteraksi dengan penyiar kegemaran mereka. Pengguna aplikasi ini dapat berinteraksi dengan penyiar secara live. Selain penyiar dari Taiwan dan Malaysia, penonton juga dapat berinteraksi dengan penyiar dari negara-negara lain.
AppsMe menjemput pihak media ke majlis pelancarannya pada Sabtu, 25 Mac 2017, jam 6pm - 10pm. Antara tetamu khas yang turut hadir adalah En.Tom Chang, Penasihat Bakat Kanan Tesla Asia Pasifik, En. Benjamin Silverstein, Presiden Dapper and International, En. Marcus Chong, Ketua Pegawai Eksekutif AppsMe, Cik Ashlee Pang, Ketua Pegawai Operasi AppMe dan selebriti-selebriti tempatan; Harith Iskander, Amber Chia, Fiza dan Cathryn Lee. Mereka akan ditemani oleh selebriti laman sesawang dari Taiwan; Sprite dan Babe.
Majlis akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Sabtu 25 Mac 2017
Masa : 6pm - 10pm
Tempat : Zouk Club Kuala Lumpur
VIP:
1) Encik Tom Zhang, Penasihat Bakat Kanan Tesla Asia Pasifik
2) Encik Benjamin Silverstein, Presiden Dapper & International
3) Harith Iskander, selebriti
4) Amber Chia, model & selebriti
5) Fiza, selebriti
6) Cathryn Lee, selebriti
7) Sprite, selebriti laman sesawang Taiwan
8) Babe, selebriti laman sesawang Taiwan
Program
5.00 p.m : Registration Open
5.05 p.m : Press interview with Ashlee COO of AppsMe
6.00 p.m : F&B Start
6.50 p.m : Introduction & Mingle
7.00 p.m : Speech from COO of AppsMe-Ms. Ashlee
7.05 p.m : Speech from CMO of AppsMe from Taiwan-Ms. Tasha
7.10 p.m : Speech from Tesla Asia Pacific Senior Talent Advisor-Mr. Tom Zhang
7.25 p.m : Opening Ceremony
7.45 p.m : Harith Iskander Talk Show
8.00 p.m : "The Night is ON"
10.20p.m : Lucky Draw
10.55 p.m : End of Event
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pelancaran tersebut.
Sumber : AppsMe
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Kim Weng
Tel : 017 3929 915
Emel : kimweng1980@gmail.com
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|