|
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 27/03/2017
Dialog Antara Agama "Tindak Balas Komuniti Agama Terhadap Bantuan Bencana"
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Dialog Antara Agama "Tindak Balas Komuniti Agama Terhadap Bantuan Bencana" seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 28 Mac 2017
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengahari
Tempat: Dewan Sajian, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2, Langgak Tunku Off Jalan Duta, 50480, Kuala Lumpur, W/P Kuala Lumpur, 50480, Malaysia
Peranan komuniti agama dalam memberikan bantuan bencana telah lama menjadi tradisi melalui pelbagai institusi dan organisasi. Malah dalam memberikan bantuan, komuniti agama mempunyai beberapa kelebihan dari segi menyediakan sokongan spiritual, memperoleh keyakinan masyarakat, memiliki kekuatan prasarana dan rangkaian kerjasama serta bersedia memberikan bantuan jangka panjang.
Program
8.00 pagi : Pendaftaran
9.00 pagi : Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah IKIM
9.15 pagi : Sesi Dialog
Pengerusi
YBhg. Dato' Hj. muhammad Yusoff bin Nazir
Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana),
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Ahli panel
9.30 pagi : 1. Wakil Agama Islam:
En. Zawahir Abdullah (Presiden, Islamic Aid Malaysia)
10.00 pagi : 2. Wakil Agama Sikh:
Dr. Jasbir Singh (Presiden, Pertubuhan Belia Sikh Malaysia)
10.30 pagi : 3. Wakil Agama Kristian:
Ms May Leong (Kairos Dialogue Network)
11.00 pagi : 4. Wakil Agama Buddha
Tuan Thai Ming Yeow (Malaysian Youth Council)
11.30 pagi : 5. Wakil Agama Hindu
Dr. M. Bala Tharmalingam
(Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Hindu, Sikh dan Tao)
12.00 tengahari : Sesi Soal Jawab
1.00 tengahari : Makan tengah hari/bersurai
Matlamat
Program ini diadakan memandangkan komuniti agama memainkan peranan yang besar dalam memberikan bantuan, tidak kira sebelum, semasa atau selepas bencana. Melalui program sebegini, usaha untuk memahami peranan institusi agama dengan lebih mendalam dapat dipupuk dan seterusnya membentuk kerangka pengurusan bencana negara yang lebih kukuh dan meluas.
Objektif
1. Memahami kekuatan setiap komuniti agama di Malaysia dalam memberikan bantuan semasa bencana;
2. Membincangkan kekangan yang mereka hadapi dan bagaimana kekangan boleh diatasi; dan
3. Mengutarakan cadangan dasar untuk meningkatkan penglibatan komuniti agama terutamanya dalam keseluruhan kerangka pengurusan bencana negara.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena program tersebut.
SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA |
|
|
|
|
|