Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 29/03/2017

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL & PELANCARAN BUKU SEMPENA ULANGTAHUN KE-25 IKIM TARIKH: 31 MAC 2017 (JUMAAT)

Bersempena ulangtahun ke-25 pada 18 Februari 2017, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan satu Karnival Ulangtahun Ke-25 IKIM pada 31 Mac 2017 (Jumaat) hingga 2 April 2017 (Ahad) bertempat di perkarangan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2 Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur.

Latarbelakang

Beberapa program-program menarik akan diadakan selama tiga hari berturut-turut iaitu Ekspo Pameran & Jualan Produk, Konsert Ulangtahun 25 Tahun, Dari Konti ke Pentas, Maulid@IKIM, pelbagai pertandingan seperti pertandingan memasak, memanah, nasyid antara sekolah, mewarna dan lain-lain aktiviti yang terbuka kepada orang ramai.

Satu Majlis Perasmian Karnival & Pelancaran Buku Sempena Ulangtahun ke-25 IKIM adalah seperti butiran berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 31 Mac 2017

Masa : 10.45 pagi - 12.15 tengah hari

Tempat : Pentas Utama, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), 2 Langgak tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim 50480 Kuala Lumpur

Program

10.45 a.m : Ketibaan VIP / Tetamu Jemputan / Media

11.30 a.m : Ketibaan
YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pengerusi IKIM

11.45 a.m : Ucapan alu-aluan
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah IKIM

: Pelancaran Karnival & Buku IKIM
sempena sambutan 25 Tahun IKIM
YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Pengerusi IKIM

12.00 p.m : Lawatan ke Tapak Ekspo

12.15 p.m : Bersurai

Sila klik di sini untuk Aturcara lengkap karnival

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sempena majlis tersebut.

SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat, IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/019-333 4253

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.