|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 31/03/2017
JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PROJEK KRAF KAMPUNGKU PERINGKAT NEGERI SABAH
Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengadakan Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu seperti ketetapan berikut :
Hari/Tarikh : Selasa 4 April 2017
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Kampung Batu Lunguyan, Daerah Kecil Sook, Keningau, Sabah
Oleh : YB Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Program
11.30 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan
11.45 pagi : Ketibaan Dif-dif Kehormat
12.00 tengah hari :
Ketibaan Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Negaraku
Lagu Negeri Sabah
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Zuraida binti Mokhtar
Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia
Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Datuk Mas Ermieyati binti Haji Samsudin
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
Gimik
Penyampaian Penghargaan
Lawatan ke Pameran dan Bengkel Usahawan
Jamuan
2.00 petang : Majlis Bersurai
Pakaian : Kasual Kemas
Untuk makluman pengangkutan media membuat liputan ada disediakan pada 4 April 2017, jam 8.00 pagi bertempat di :
Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)
Wisma San Hin
Wawasan Plaza
88000 Kota Kinabalu, Sabah
(Pegawai bertugas - Puan Mas Ayu, Tel : 014-9420576)
Kraf Kampungku merupakan inisiatif Kraftangan Malaysia untuk membangunkan komuniti setempat di bawah Program Satu Daerah Satu Industri - Produk Kraf terutamanya komuniti usahawan kraf buluh agar terus berjaya, kukuh dan terus menghasilkan produk kraf.
Projek Kraf KampungKu di Kg. Batu Lunguyan melibatkan seramai 37 orang usahawan kraf anyaman buluh. Selain Kg. Batu Lunguyan, terdapat 15 buah lagi kampung di daerah Keningau yang menghasilkan anyaman buluh.
Justeru itu, sukacita Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput pihak media untuk hadir dan membuat liputan Majlis Perasmian Projek Kraf KampungKu seperti tarikh dan masa seperti di atas.
DIKELUARKAN OLEH :
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT, KRAFTANGAN MALAYSIA
SUMBER : KRAFTANGAN MALAYSIA
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Fazlin
Tel : 012 - 664 1734
Nama : Cik Norehan
Tel : 012 - 657 8824
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|