Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 03/04/2017

DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA "AGAMA DAN KELESTARIAN"

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama :"Agama dan Kelestarian" pada ketetapan seperti berikut:

Hari/Tarikh : Selasa 4 April 2017

Masa : 8.30 pagi - 11.30 tengahari

Tempat : DEWAN UTAMA, KOLEJ UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN, SETAPAK, KUALA LUMPUR


Program

8.30 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Kehormat

9.20 pagi : Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Dr. Tan Chik Heok
Presiden
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, TAR UC

9.30 pagi : Ucapan Aluan
YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Tayangan Video: The Role of Religion in Environmental Education/Activism

10.00 pagi : Sesi Dialog
Tanggungjawab Insan Beragama Dalam Isu Kelestarian
Moderator: YBhg. Prof. Dr. Ainul Jaria Maidin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Ahli panel

1. YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, IKIM
Wakil Agama Islam

2. En. Vidyananda K.V. Soon
Network Engaged Buddist
Wakil Agama Buddha

3. YBhg. Dr. M. Bala Tharmalingam
Wakil Agama Hindu

4. YBhg. Prof. Dr. Esther Gnanamalar Sarojini A Daniel
Wakil Agama Kristian

11.00 pagi : Sesi Soal Jawab

11.30 pagi : Jamuan/bersurai


Matlamat

Dialog ini diadakan bertujuan memastikan isu kelestarian dapat dijelaskan dengan lebih baik agar ianya menjadi agenda bersama pelbagai pihak dalam menangani krisis global masa kini. Dialog ini merupakan mekanisme yang sesuai bagi membicarakan tentang isu ini dari perpektif agama masing-masing.

Objektif

1. Menjelaskan bagaimana agama boleh membantu prinsip yang perlu untuk kelestarian generasi akan datang;

2. Membina kesedaran tentang tanggungjawab pelbagai pihak (organisasi dan individu) terutamanya belia dalam usaha menjamin kelestarian sumber-sumber alam seperti air sebagai asas kehidupan; dan

3. Membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama oleh setiap penganut agama masing-masing dapat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kelestarian.

4. Memupuk nilai keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia menerusi dialog tentang isu-isu yang dihadapi secara sepunya.


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan program tersebut.

SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.