Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 10/04/2017

JEMPUTAN KE MAJLIS PRA PERASMIAN PUSAT REHABILITASI PERKESO, AYER KEROH MELAKA PADA 12 APRIL 2017 (RABU)

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Pra Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 12 April 2017

Masa : 9.15 pagi

Tempat : Sensory Centre (First Finger), Pusat Rehabilitasi PERKESO, Ayer Keroh, Melaka


Program

9.15 pagi : Kehadiran Media / Sarapan Pagi

10.00 pagi : Taklimat Mengenai Pusat Rehabilitasi PERKESO
Oleh Dr Hafez Hussain,
Pengarah Pusat Rehabilitasi PERKESO

10.30 pagi : Lawatan ke seluruh Pusat Rehabilitasi

11.30 pagi : Temubual Bersama Dato' Dr. Mohammed Azman B. Dato' Aziz Mohammed,
Ketua Eksekutif PERKESO &
Dr Hafez B. Hussain,
Pengarah Pusat Rehabilitasi PERKESO

12.00 Tengahari : Jamuan Makan Tengahari

: Bersurai


Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada wakil-wakil media melawat pusat tersebut di samping diberi taklimat dan pemahaman menyeluruh mengenai objektif penubuhan dan fungsi pusat tersebut sebelum majlis perasmian pada 21 April 2017 (Jumaat) oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Di samping itu, wakil-wakil media berpeluang bertemu dengan Dato' Dr. Mohammed Azman B. Dato' Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO untuk mendapat maklumat-maklumat terkini mengenai PERKESO.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis pra perasmian tersebut.

Sumber : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
Tel : 012-6040964

Nama : Cik Roselyn Tai Siew Hwa
Pusat Rehabilitasi PERKESO Melaka
Tel : 012-636 1399

-BERNAMA


 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.