|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 10/04/2017
MAJLIS PERASMIAN MINI SYMPOSIUM ON ISLAMIC TOURISM 2017
Majlis Perasmian Mini Symposium On Islamic Tourism 2017 akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:
Hari/Tarikh : Khamis 13 April 2017
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), No. 109, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Program
3.00 petang : Bacaan Doa
: Ucaptama
YB DATUK MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia
: Penyampaian Cenderahati
4.00 petang : Majlis Tamat
: Sidang Media
Islamic Tourism Centre (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Malaysia buat julung kalinya akan menganjurkan Mini Symposium on Islamic Tourism 2017 bermula dari 13 hingga 14 April 2017. Simposium ini telah menerima pengesahan lapan (8) pembentang kertas penyelidikan di peringkat Ijazah Sarjana dan Ph.D dari universiti-universiti tempatan.
Simposium ini dianjurkan dengan tujuan mewujudkan satu platform untuk para penyelidik dan penggiat industri membincangkan isu-isu berkenaan pelancongan Islam. Pelancongan Islam atau pelancongan Mesra-Muslim (Muslim-friendly Tourism (MFT)) merupakan satu segmen dalam industri pelancongan yang semakin mendapat perhatian.
Sebagai salah satu negara peneraju segmen MFT, Malaysia sekali lagi mengungguli tempat pertama sebagai destinasi pilihan pelancong Muslim di dalam laporan Global Muslim Travel Index (GMTI) bagi tahun 2016, untuk enam tahun berturut-turut. Berdasarkan laporan GMTI yang dikeluarkan oleh Crescentrating dan Mastercard, Malaysia diiktiraf sebagai destinasi pilihan pelancong Muslim berdasarkan ciri-ciri utama yang dinilai seperti keselamatan pelancong, pilihan produk MFT serta kesedaran halal yang tinggi. Melihat potensi MFT dari segi sumbangan ekonomi dan pengembangan pasaran untuk industri pelancongan, segmen MFT telah menarik minat negara bukan Islam untuk melibatkan diri dalam pelancongan Islam dan MFT. Ini dapat dilihat melalui promosi yang dijalankan oleh negara seperti Jepun, Taiwan dan Korea untuk menarik pelancong Muslim ke negara mereka.
Mini Symposium on Islamic Tourism 2017 akan dirasmikan oleh YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan, Malaysia di Mini Auditorium, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada 13 April 2017, jam 3.00 petang.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.
Sumber : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Siti Sarah Hussin / Nadhirah Aripin
Tel : 03-8891 7177/ 019- 3560 530
Emel : sitisarah@itc.gov.my / nadhirah@itc.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|