Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 12/04/2017

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Interaksi masyarakat antara satu sama lain banyak melibatkan banyak aspek kehidupan mereka. Sejak kebelakangan ini, isu-isu yang berkaitan dengan kesejahteraan masyarakat telah berada di barisan hadapan dalam setiap perbincangan. Ini juga mengambil kira penyelidikan untuk mengenalpasti punca-punca dan masalah-masalah yang timbul dalam masyarakat dan membincangkan langkah seterusnya dalam mencari penyelesaian mengenai isu-isu yang sedang melanda masyarakat. Ini penting bagi membentuk sistem kehidupan yang memerlukan penilaian semula supaya generasi akan datang akan dapat membebaskan diri dari masalah dan hidup harmoni bagi menghormati antara satu sama lain yang berbeza dari sudut agama dan bangsa. Keperluan untuk menghormati hak asasi manusia berpunca daripada ajaran Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta nilai sejagat dalam kehidupan.

Seiring dengan penaiktarafan Pusat Pengajian Teras (PPT) dan demi melestarikan kecemerlangan akademik, maka PPT akan menganjurkan satu seminar yang memfokuskan perbincangan secara intelektual dan pembentangan secara ilmiah merangkumi nilai-nilai sejagat kehidupan sosial dan kemanusiaan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu & Khamis 26 & 27 April 2017

Masa : 8.00 pagi

Tempat: Auditorium Dr. Zainuddin Jaafar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)


Sila klik di sini untuk Program

Persidangan PASAK (2017) ini merupakan persidangan kali kedua. Kali ini, PPT akan bekerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Sumber : Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :
Nama : Sohana Abdul Hamid
Setiausaha PASAK 2
Pusat Pengajian Teras
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS)
Tel : 03 89117000, ext 6306
Emel : sohana@kuis.edu.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.