Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Khamis 13/04/2017

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PAMERAN AMAL INSANI DI CREATIVE SPACE AT GALERI POTRET NEGARA

Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dengan sukacitanya menganjurkan Pameran Amal Insani Di Creative Space @ Galeri Potret Negara yang merupakan sebuah kerjasama diantara Inisiatif Sokongan Autisme Nouri (INSANI) dengan Pertubuhan Komuniti Artport Malaysia (Komuniti Artport). Untuk makluman tuan/puan, pameran ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi keperluan tajaan dan pendididkan anak-anak autism dari keluarga yang kurang berkemampuan. Sebanyak 47 buah karya dari 35 orang pengkarya yang akan dipamerkan di Creative Space @GPN, bersempena dengan sambutan Hari Autisme pada tahun ini dari 1 April 2017 sehingga 25 April 2017.

Ini merupakan antara projek tanggungjawab sosial LPSVN dalam memberi sokongan kepada anak-anak Autism. Majlis perasmian Amal Insani ini akan disempurnakan oleh YM Raja Dato' Haji Idris Raja Kamarudin, Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Rabu 19 April 2017

Masa : 3.00 petang

Tempat : Creative Space @ Galeri Potret Negara Balai Seni Visual Negara


Klik sini untuk Poster Pameran Amal Insani

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan pameran tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Hafiz Osman
Tel : 012-6920 7502
Emel : pr.artgallery@1govuc.my
Laman Web : www.artgallery.gov.my

-BERNAMA



 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.