Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 14/04/2017

JEMPUTAN MEMBUAT LIPUTAN MEDIA SEMPENA MAJLIS KONGRES BUDAYA 2017

Adalah dimaklumkan bahawa Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim melalui Pejabat Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia dengan Kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Kongres Budaya 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penganjuran program ini turut disokong oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Sehubungan dengan itu, satu Majlis Perasmian Kongres Budaya 2017 akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Razak. Ketetapan adalah seperti berikut:

MAJLIS PERASMIAN KONGRES BUDAYA 2017

Hari/Tarikh : Sabtu 15 April 2017

Masa : 8.30 Pagi

Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
43600 UKM Bangi, Selangor.

Sila klik disini untuk program

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NUR FATIN AKHMA FAUZI
Corporate Communication Unit
Tel : 03-8891 7188
Emel : fatinakhma@motac.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.