Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Selasa 18/04/2017

JEMPUTAN KE MAJLIS PERASMIAN PUSAT REHABILITASI PERKESO, AYER KEROH MELAKA PADA 21 APRIL 2017 (JUMAAT)

Dimaklumkan bahawa PERKESO akan mengadakan Majlis Perasmian Pusat Rehabilitasi PERKESO seperti ketetapan berikut:

Hari/Tarikh : Jumaat 21 April 2017

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Pusat Rehabilitasi PERKESO, Ayer Keroh, Melaka

Perasmian Oleh : YAB Dato Seri Najib B. Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

Pusat Rehabilitasi PERKESO merupakan sebuah Pusat Pemulihan secara rehabilitasi yang ditubuhkan oleh PERKESO bagi menyediakan program rawatan pemulihan melalui program rehabilitasi secara fizikal dan vokasional yang komprehensif bagi mengembalikan semula Orang Berinsurans ke alam pekerjaan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup. Pusat Rehabilitasi PERKESO telah dibina di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya Melaka.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis perasmian tersebut.

Sumber : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : WAN NORSHAKILA BT ABDUL SATAR
Pengurus Perhubungan Awam
Cawangan Perkhidmatan Pelanggan
Bahagian Perancangan & Hal Ehwal Korporat
Tel : +603 4264 5000 (DL) / +603 4264 5194 / 012 6040964
Fax : +603 4256 7798
Emel: shakila.satar@perkeso.gov.my

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.