|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 19/04/2017
SIDANG AKHBAR PRA-PELANCARAN BAYU MALAWATI
PKNS akan mengadakan Sidang Akhbar Pra-Pelancaran Jualan Bayu Malawati. Ianya merupakan projek ke-2 yang dilancarkan bagi tahun 2017 yang akan diadakan di Auditorium Rafflesia, Blok A, Tingkat 2, Laman PKNS. Projek terdiri daripada 104 unit rumah teres 2 tingkat bermula pada harga RM499,000 sehingga RM600,000 ini terdiri daripada dua varian Jenis A dan Jenis B.
Sidang Akhbar Pra-Pelancaran Jualan Bayu Malawati akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari/Tarikh: Khamis 20 April 2017
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Auditorium Rafflesia, Blok A, Tingkat 2, Laman PKNS
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850
-BERNAMA |
|
|
|
|
|