|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 25/04/2017
JEMPUTAN KE PUSAT DAGANGAN HAK CIPTA KUALA LUMPUR 2017
Perbadanan Kota Buku, pusat sehenti bagi menghimpunkan penerbit, penulis dan pembaca di Malaysia bakal menganjurkan edisi ke-10 Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC), sebuah acara pameran dan perdagangan hak cipta tahunan yang terbesar di rantau Asia Tenggara. Pada tahun ini, Kota Buku dijangka menjana AS$20 juta potensi jualan harta intelek melalui 600 sesi padanan perniagaan yang bakal dihadiri oleh syarikat-syarikat daripada Asia Tenggara dan 10 pembeli media antarabangsa, jualan daripada peluang perniagaan baharu dalam penumpuan digital, dan sebagainya.
KLTCC 2017 juga bakal menganjurkan Future Library Convention Asia buat kali pertama sebagai inisiatif untuk mengenal pasti cara kreatif dan baharu untuk terus memacu institusi perpustakaan bagi negara-negara Asia. Konvensyen ini juga bakal dihadiri oleh pelbagai tokoh terkemuka dari seluruh dunia untuk berkongsi pengalaman mereka dalam menerokai konsep perpustakaan masa depan dan lain-lain seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Jumaat 28 April 2017
Masa : 10.30 pm
Tempat : Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Jalan Putra, 50746 Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan sidang media tersebut.
SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 017 988 8678 / 03 7733 4262
Emel: amzar.anizam@gcma.tv
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|