Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Rabu 26/04/2017

JEMPUTAN KE PENGUMUMAN PEMENANG PERTANDINGAN 'PAGE-TO-PITCH MEDIA 360' DI PUSAT DAGANGAN HAK CIPTA KUALA LUMPUR 2017

Pusat sehenti bagi menghimpunkan penerbit, penulis dan pembaca di Malaysia; Perbadanan Kota Buku bakal mengumumkan pemenang bagi pertandingan edisi kedua 'Page to Pitch (P2P) Media 360' di Pusat Dagangan Hak Cipta Kuala Lumpur (KLTCC) 2017. Pertandingan ini telah membuka peluang dan menyediakan platform unik kepada para penulis baharu untuk menerbitkan idea mereka, dan mengembangkan idea para penulis sedia ada kepada pelbagai kandungan media digital seperti; animasi, permainan dan aplikasi mudah alih, buku digital dan lain-lain. Pemenang utama bakal menerima wang tunai serta berpeluang untuk mendapat pembiayaan daripada pelabur swasta untuk mengembangkan idea mereka ke peringkat seterusnya.

Butir-butir lanjut adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh : Sabtu 29 April 2017

Masa : 5.30 petang

Tempat : Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, Jalan Putra, 50746 Kuala Lumpur

Program

5.30 ptg : Pendaftaran media

6.00 ptg : Ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kota Buku, Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar

6.10 ptg : Pengumuman pemenang pertandingan 'Page to Pitch Media 360'

6.30 ptg : Sesi soal media

6.45 ptg : Jamuan ringan

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

SUMBER : Global Creative Media Agency (GCMA)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Amzar Anizam
Pengurus Perhubungan Awam di Global Creative Media Agency (GCMA)
Tel : 017 988 8678 / 03 7733 4262
Emel: amzar.anizam@gcma.tv

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.