Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Jumaat 28/04/2017

JEMPUTAN LIPUTAN MEDIA SEMINAR PELABURAN SAHAM, HARTANAH DAN KEWANGAN MEGA 2017

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Asri Ahmad Academy serta Bursa Malaysia akan menganjurkan SEMINAR PELABURAN SAHAM, HARTANAH DAN KEWANGAN MEGA 2017 pada:

Hari/Tarikh : Sabtu 6 Mei 2017

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Dewan Seri Siantan, Jalan P3f, Presint 3, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia


Objektif seminar ini diadakan adalah sebagai pendedahan dan tip kepada umum agar menjadi individu yang celik wang dan bijak melabur di pasaran saham patuh syariah dan hartanah disamping mengajak orang ramai agar dekat dengan zakat sekiranya sudah cukup syarat berzakat.

Seramai 1,000 orang peserta bakal menghadiri seminar yang menyasarkan para peniaga online, para pelabur dalam bidang saham, hartanah dan kewangan yang disampaikan oleh beberapa individu yang terkenal dalam bidang masing-masing.

Turut hadir bagi merasmikan seminar ini adalah Tuan Haji Mohd Rais Haji Alias, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Tuan Haji Mohd Asri Haji Ahmad, Mentor Pelaburan Saham & Pengasas Asri Ahmad Academy.

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.

Sumber : Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Cik Nur Haliza Abd Rahman
Tel : 012-5003547

-BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.