|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Selasa 02/05/2017
Sesi Taklimat Minggu PKS 2017 Bersama Media
SME Corp. Malaysia akan meneruskan penganjuran Minggu PKS 2017 yang akan berlangsung secara serentak di seluruh Malaysia bermula daripada 17 - 26 Mei 2017. Minggu PKS merupakan inisiatif tahunan yang telah dimulakan oleh SME Corp. Malaysia sejak tahun 2012, dan akan berlangsung selama seminggu dalam minggu ke-4 bulan Jun setiap tahun.
Bagaimanapun, memandangkan pada tahun ini, bulan Jun adalah bulan Ramadhan, Minggu PKS telah dipercepatkan ke pertengahan bulan Mei dan sepanjang minggu tersebut, pelbagai program dan aktiviti telah dirancang bagi mempergiatkan aktiviti perniagaan serta menonjolkan keupayaan PKS sebagai tulang belakang ekonomi.
Bagi memastikan PKS dan orang awam terutamanya mengambil maklum tentang penganjuran Minggu PKS di sekitar mereka pada tahun ini, SME Corp. Malaysia ingin menjemput Tuan/Puan ke satu sesi taklimat dan minum petang bersama YBhg. Datuk (Dr) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia yang akan berkongsi tentang pengisian dan acara yang akan berlangsung sepanjang Minggu PKS pada tahun ini dengan lebih terperinci.
Sesi taklimat dan minum petang ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Khamis 4 Mei 2017
Masa : 9.00 am - 11.00 am
Tempat : SME Corp. Malaysia, Dewan Persada, Level 6, Blok B, Platinum Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral
50470 Kuala Lumpur
Program
9.00 pagi : Ketibaan Tetamu dan Rakan Media
9.15 pagi : Taklimat Minggu PKS 2017 oleh
YBhg. Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Ketua Eksekutif SME Corp. Malaysia
9.45 pagi : Sesi Soal Jawab
10.15 pagi : Jamuan dan Sesi Networking
10.30 pagi : Sesi fotografi
10.45 pagi : Majlis Bersurai
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
SUMBER : SME Corp. Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : En Fairul Halif Norman
Tel : 03 2775 6222
Emel : fairulhalif@smecorp.gov.my
Nama : En Ahmad Mu'izz Mohd Yusof
Tel : 03 2775 6275
Emel :muizzyusof@smecorp.gov.my
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|