|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Rabu 03/05/2017
SEMINAR MENCIPTA KEAJAIBAN PEKERJAAN
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Seminar Mencipta Keajaiban Pekerjaan seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Khamis 4 Mei 2017
Masa : (Rujuk program)
Tempat : Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Program
8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.15 pagi : MAJLIS PERASMIAN
Ucapan Perasmian oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia
9.30 pagi : FORUM 1: MENONGKAH ARUS, MENCIPTA KEAJAIBAN
Moderator : Pn. Nur Syahidah binti Abdul Jalil
Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM
Panel 1 : Pn. Rusila binti Yusof, Pengurus Besar Fatisha Agro Farm
10.00 pagi : Panel 2 : En. Ahmad Faizal bin Murtadza, Penghantar Cepat (Runner)
10.30 pagi : Panel 3 : En. Naeem bin Zaidi, Pengasas WowKawKaw Empire
11.00 pagi : Panel 4 : En. Che Mohd. Amin bin Hussin, Pemilik CA Cleaning Service Sdn. Bhd.
11.30 pagi : Perbincangan
12.30 tghari : Jamuan Makan Tengah hari / Solat Zohor
2.00 ptg : FORUM 2: REALITI PEKERJAAN - IMPIAN DAN KEPERLUAN
Moderator : En. Muhammad Hisyam bin Mohamad
Felow, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM
Kertas 1 : Hakikat Pekerjaan dan Realiti Semasa
Pembentang : Nur Syahidah binti Abdul Jalil
Pegawai Penyelidik, Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, IKIM
2.30 ptg : Kertas 2 : Keutamaan Pekerjaan dalam Menafkahi Diri dan Keluarga
Pembentang : En. Muhammad Husni bin Mohd Amin
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM
3.00 ptg : Kertas 3 : Desired Talent Impian Majikan
Pembentang : YBhg. Dato' Raiha Azni binti Abd Rahman
Senior Vice President, Group Human Resource Management, Petronas
3.30 ptg : Kertas 4 : Medium Mencari Pekerjaan: Satu Analisis
Pembentang : Cik Chook Yuh Yng
Country Manager, JobStreet.com Malaysia
4.00 ptg : Perbincangan
4.30 ptg : Penutup / Bersurai
Matlamat
Bermula 2015, syarikat penerbangan nasional yang dahulunya dikenali sebagai MAS memulakan pelan mengurangkan tenaga kerja sebanyak 6000 orang sebagai langkah mengurangkan kos operasi. Selain itu, sektor minyak dan gas juga mengalami krisis pembuangan pekerja dan dijangka berlanjutan berikutan ketidakstabilan harga minyak dunia. Terbaharu, sektor perbankan dilihat mengikuti trend ini dengan sebuah bank gergasi tempatan menutup sebahagian cawangan dan mempergiat penggunaan perbankan digital. Perkembangan ini juga dilihat selari dengan trend beberapa bank di seluruh dunia. Krisis pengurangan tenaga kerja ini amat memberi kesan kepada mereka yang terlibat berikutan kesukaran mendapat pekerjaan yang lain dan kos sara hidup yang tinggi.
Objektif
1. Menyorot perkembangan trend dan cabaran sektor tenaga kerja tempatan;
2. Meneroka kemahiran yang diperlukan bagi individu pekerja yang cemerlang; dan
3. Melihat prospek keusahawanan dan bidang baharu yang boleh diketengah dalam menghadapi krisis tenaga kerja.
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan seminar tersebut.
SUMBER : INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Unit Perhubungan Korporat IKIM
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253
Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003
-BERNAMA
|
|
|
|
|
|