Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Khamis 04/05/2017

DIALOG KEHARMONIAN ANTARA PENGANUT AGAMA : AGAMA DAN KELESTARIAN

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UteM) akan menganjurkan Dialog Keharmonian Antara Penganut Agama : Agama & Kelestarian seperti ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : Jumaat 5 Mei 2017

Masa : (Rujuk program)

Tempat : Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)


Program

8.00 malam : Pendaftaran Peserta

8.10 malam : Ketibaan Dif-dif Kehormat

8.15 malam : Pembukaan majlis oleh pengacara majlis
Nyanyian lagu Negaraku

8.20 malam : Bacaan Doa

8.25 malam : Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Prof Datuk Dr. Shahrin bin Sahib
@Sahibuddin Naib Canselor UTeM

8.35 malam : Ucapan oleh YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin
Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Tayangan Video: The Role of Religion in Environmental Education / Activism

8.45 malam
SESI DIALOG: TANGGUNGJAWAB INSAN BERAGAMA DALAM ISU KELESTARIAN.

Moderator: YBhg. Prof. Dr. Zaid Ahmad
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ahli Panel Dialog:

1) Islam : YBhg. Datuk Prof. Dr. Azizan binti Baharuddin
Ketua Pengarah, IKIM

2) Buddha : YBrs. En. Vidyananda K.V. Soon
International Network of Engaged Buddhists (INEB)

3) Hindu : YBhg. Dr. M. Bala Tharmalingam
Malaysia Hindu Sangam

4) Kristian : YBhg. Prof. Dr. Esther Gnanamalar Sarojini A. Daniel
Universiti Malaya

10.00 malam : Sesi Soal Jawab

10.30 malam : Bersurai

Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan dialog tersebut.


Pengenalan

Isu kelestarian merupakan satu isu yang dihadapi oleh manusia sejagat pada hari ini. Dimensi kelestarian dalam pembangunan, ekonomi, politik dan sosial memerlukan perbincangan secara komprehensif dari pelbagai aspek termasuk menerusi kacamata budaya dan agama. Tujuannya adalah bagi memastikan isu kelestarian ini dapat dijelaskan dengan lebih baik agar ianya menjadi agenda bersama pelbagai pihak dalam menangani krisis global masa kini.

Dialog antara penganut agama merupakan mekanisme yang sesuai bagi membicarakan tentang isu ini dari perspektif agama masing-masing. Diharapkan dengan usaha sebegini, penganut-penganut agama di Malaysia terutamanya dalam kalangan belia dapat bersama dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu memainkan peranan yang lebih efektif dalam memastikan alam ini terus dipelihara untuk kebaikan generasi hari ini dan masa hadapan.

Objektif

i. Mengangkat nilai keharmonian dan perpaduan antara penganut pelbagai agama di Malaysia mengenai kepentingan agama dalam memastikan kelestarian hidup.

ii. Menjelaskan perspektif agama mengenai prinsip berkaitan kelestarian bagi generasi akan datang.

iii. Membina kesedaran tentang tanggungjawab pelbagai pihak (organisasi dan individu) terutamanya belia dalam usaha menjamin kelestarian alam.

iv. Membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama oleh penganut agama masing-masing dapat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kelestarian.

SUMBER : Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Pn. Zawiah
Tel : 03-6204 6329/012-333 4253

Nama : Pn. Wan Zahidah
Tel : 03-6204 6330 / 019- 276 8003

-BERNAMA





 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.