|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Jumaat 05/05/2017
MAJLIS GRADUASI KUMPULAN 2 PROGRAM KEPIMPINAN DANAJAMIN100
Danajamin Nasional Berhad (Danajamin) akan mengadakan majlis graduasi untuk meraikan Kumpulan 2 Program Kepimpinan Danajamin100. Progam ini merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) utama Danajamin untuk memperkasakan nilai kepimpinan di kalangan golongan muda. Sepanjang 3 tahun, Kumpulan 2 program Danajamin100 yang terdiri daripada 30 pelajar-pelajar daripada 5 buah sekolah di sekitar Perak, Pulau Pinang dan Kedah telah menjalani aktiviti-aktiviti yang memberi fokus kepada membentuk personaliti, nilai kepimpinan, komunikasi dan kemahiran profesional.
Pada majlis ini, Danajamin akan diwakili oleh Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Dato' Mohammed Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohamed Nazri Omar. Sehubungan itu, bagi pihak Danajamin, kami ingin menjemput Tuan/Puan untuk hadir/ menghantar wakil wartawan dan jurugambar bagi membuat liputan pada majlis ini.
Maklumat ringkas majlis ini adalah seperti berikut:
Hari/Tarikh : Isnin 8 Mei 2017
Masa : 10:00 pagi - 2:00 petang
Tempat : Grand Ballroom, Aloft Hotel,
No. 5, Jalan Stesen Sentral 5, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis graduasi tersebut.
SUMBER : Danajamin Nasional Berhad (Danajamin)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT & PENGESAHAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI:
Nama : Emilia Azyyati Abdul Rahman
Ketua, Komunikasi
Danajamin Nasional Berhad
Tel : 03-22650847 / 013-3452310
Emel : emilia@danajamin.com
-BERNAMA |
|
|
|
|
|