|
|
|
|
Disember 26, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
| |
|
|
Isnin 08/05/2017
PROGRAM SUMBANGAN KEPADA TKPM HOSPITAL KAJANG
PKNS akan mengadakan Program Sumbangan Kepada TKPM Hospital Kajang bertempat di Dewan Bistari Hospital Kajang. Program ini di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui wang zakat PKNS untuk memberi sumbangan kepada Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia Hospital Kajang. Ianya bertujuan untuk memberi bantuan kebajikan kepada semua pesakit warganegara Malaysia yang miskin dan layak tanpa mengira kaum, agama dan keturunan yang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan. Sumbangan ini diperuntukkan di bawah peruntukan asnaf gharimin dengan jumlah RM50,000.00.
Program sumbangan kepada TKPM Hospital Kajang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Hari / Tarikh : Jumaat 12 Mei 2017
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Bistari Hospital Kajang
Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.
Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.
SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850
-BERNAMA |
|
|
|
|
|