Disember 26, 2025 -Jumaat

 
 
 

Isnin 08/05/2017

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG TAHUN 2016 ANJURAN BERSAMA PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA-PEKERJA (PKP) & BADAN ISLAM PKNS

PKNS akan mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2016 Anjuran Bersama Persatuan Kebajikan Pekerja-Pekerja (PKP) & Badan Islam PKNS bertempat di Dewan Aster, Aras 4, Blok A, Laman PKNS. Majlis ini merupakan acara penting setiap tahun yang diadakan khususnya untuk meraikan kejayaan anggota dan anak-anak anggota PKNS di dalam peperiksaan PSRA, UPSR, PT3, SPM, STPM, DIPLOMA, IJAZAH, dan ANGGOTA PKNS YANG TAMAT BELAJAR DI IPTA/IPTS. Seramai 103 orang anak-anak ahli dan 18 orang anggota PKNS yang akan diraikan untuk Tahun 2016.

Majlis Anugerah Cemerlang Tahun 2016 akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : Sabtu 13 Mei 2017

Masa : 10.30 pagi

Tempat : Dewan Aster, Aras 4, Blok A, Laman PKNS


Sehubungan itu, anda dijemput untuk menghantar wartawan dan jurugambar/jurukamera bagi membuat liputan majlis tersebut.

Kerjasama tuan/puan untuk membuat pengesahan kehadiran dengan kadar segera amat kami hargai.

SUMBER : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : FADZLY
Tel : 03-55250300 / ext- 1080 atau 012-6817850

-BERNAMA




 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.